Thursday, March 31, 2011

panduan kerja kursus geografi tingkatan 3 2011

Kerja Kursus Geografi 2011 ( Part 1 )

Entri ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil PMR 2011

***PERHATIAN - KERJA KURSUS INI BELUM SIAP SEPENUHNYA. INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN SELEBIHNYA, ANDA KENALAH BERUSAHA MENGUBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERJA KURSUS YANG LENGKAP..

Ini adalah contoh kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi tahun 2011. Kerja kursus ini hanya dapat dipaparkan sehingga kaedah kajian sahaja. Ini adalah sebagai panduan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan dalam menghasilkan dapatan kajian. Selepas membuat kaedah kajian, pelajar dikehendaki untuk membuat soal selidik atau temu bual. Daripada dapatan tersebut, pelajar dikehendaki membuat dapatan kajian. Contoh dapatan kajian akan anda peroleh dari Kerja Kursus geografi 2011 ( part 2 ) yang telah saya sediakan..

Sebelum itu , anda dikehendaki melengkapkan kerja-kerja awalan seperti di bawah. Perlu di ingatkan bahawa contoh kerja kursus ini adalah sebagai panduan sahaja. Para pelajar tidak dibenarkan untuk meniru atau mencetak 100% daripada ruangan ini. Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri supaya kajian dihasilkan lebih mantap.

Sila ikut panduan di bawah:-

1. Tajuk :

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor.

2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks )

Perkara

• Penghargaan

• Pendahuluan

• Objektif kajian

• Kawasan kajian

• Kaedah kajian

• Dapatan kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan

3. Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Pn Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Dinamik ......, Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

4. Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Daya, Johor Bahru, Johor”.

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

5. Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6. Kawasan kajian

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

sila sertakan

sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri

Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan )

7. KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian

-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai

2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.

Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )

2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

Untuk contoh borang soal selidik sila dapatkan di SINI.

Untuk Dapatan kajian sila klik di SINI

semoga anda mendapat markah yang CEMERLANG

Peringatan pada para pelajar:

jika anda hendak copy and paste entry ini WAJIB minta izin dahulu dengan cara daftar di tetamu istimewa dan letakkan link anda di bawah.